Wednesday, 2 March 2011

Review Makan : Restoran D'Terapung (Medan Ikan Bakar MPPD)


Yummm!

Kalau pasal makan, memang dah lama jadi kegemaran kami sekeluarga (ehemm-ehem.. sekeluarga dua orang lalalala). Baik saya tenyeh komputer ni sebelum terlewat, sebab bila kita simpan memori tu lama-lama dia akan jadi lemau... Dan bila kita bencerita benda-benda yang dah lemau.. memanglah tak sedap! lagi-lagi kalau bercerita pasal makan. Oh saya harus fokus pada entri blog. Tolonglah cik elis (hehe cik kunun, perassssan), jangan merepek banyak sangat. Huhu


Okeh... moving on~


Macam yang dah dijanjikan sebelum ini, saya akan review tentang restoran yang dikunjungi semasa berkursus di Port Dickson minggu lepas. Tatau kenapa mengidam sangat nak makan ikan bakar.. padahal kat kafeteria ofis hari-hari ada hidang ikan bakar. Sebenarnya kami berhajat nak meratah ikan bakar di Kampung Nelayan, tiba-tiba Encik Hubby tanya soalan cepumas :


Husband : awak, awak pernah tengok Shell kat PD?
Saya : banyak je shell sepanjang jalan.. kenapa?
Husband : bukan stesen minyak la sayang. depoh shell. pernah?
Saya : humm... (buat muka blur, perlu tengok ke?)... tak kot.
Husband : jom jom kita lalu ye.
Saya : baikkkkkk (saya yang menurut perintah)


Hubby pun bersungguh la cerita fasal depoh ni kat saya. Tapi.... orang perempuan kan... hal-hal camni cam tak kedengaran sangat di telinga.. lebih-lebih lagi bila dalam kepala asyik bayangkan *ikan bakar pari* *ikan bakar terubuk* *ikan bakar bla bla bla* Sungguh, saya tak boleh konsentrasi.


Sedang Encik Hubby syiok bercerita, mata saya tertumpu pada satu bangunan. Yang penting bangunannya cantik, baru dan.... ya betul... ada perkataan IKAN BAKAR! memang tak bersopan santun betul saya ketika itu. Maklumlah perut sedang berdondang sayang.




Nama penuh bangunan ini adalah:
Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sangat teruja dengan bangunan ini kerana name tag beliau ada perkataan sakti : *IKAN BAKAR*.. =)







Sila jangan terpedaya. Kompleks ini dibahagikan kepada 2 seksyen:

1) restoran yang sangat besar (D'Terapung) - entah kenapa semasa kami membuat bayaran kami dapat resit "Restoran Hang Li Po", pelik sedikit.. tapi malas nak argue kerana kami pulang pun dalam keadaan tergesa-gesa.. - saya ada sambungan kelas pada malam harinya); dan


Restoran D'Terapung



2) terdapat beberapa restoran kecil (ala-ala gerai yang comel) diletakkan di bangunan bersebelahan. Ada lebih kurang 4 buah gerai bekongsi kasih sayang dalam bangunan yang sama. Humm.. serius comel.


Kompleks kasih sayang yang dikongsi oleh 4 peniaga.



Keseluruhan kompleks bangunan ini milik MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) dan tapaknya disewakan (kami suami isteri buat tekaan liar... hahaha). Yang bagusnya kerusi dan meja disediakan oleh MPPD adalah kerusi kayu yang standard dan seragam. Meja makan pun kukuh.


Kalah restoran di KL/Shah Alam dan seangkatan dengannya. Kerusi ni sah sah milik kerajaan (psttt.. tengoklah nombor aset pada perabot seperti gambarajah di atas. sangat comel!)


Tiba-tiba rasa nak tulis surat cadangan kepada MBSA atau MBPJ minta dibuat inovasi yang sama. (oh puhleaseee silalah sedar diri semula puan elis, you are a nobody to them. lol.). Kami sampai restoran ni dekat pukul 6.00 petang. Cuaca pun baik. Pemandangan dari restoran ni pun cantik. Mengadap laut. Angin pula sepoi-sepoi bersopan santun. Tak macam di Terengganu, angin bertiup sampai kulit kerang pun nak buat terjunan summersault dari meja makan. Huhu. Tak percaya view restoran ni sangat mengujakan? Cuba tengok..

Jambatan ni sangat panjang dan di hujuuuuuung jambatan tu ada kapal. Comel lah~




Okeh sekarang kita serbu bahagian dalam restoran pula. Sejurus masuk ke restoran, pelayan yang membawa kami ke meja mengajak kami ke bahagian dapur. Selain boleh jeling-jeling tukang masak (sengaja nak tahu melayu atau tidak..), boleh juga pilih ikan dan anggarkan harga ikan yang kita pilih tu. Best kan?


Macam yang anda lihat, harganya agak mahal. Huhu.. kami pilih yang saiz S sahaja. Maklumlah hanya makan berdua...



Ikan bakar di PD memang sangat dicari-cari serta diserbu pada waktu malam, jadi waktu petang-petang bergini Encik Chef ini agak bersenang-lenang juga memasak/membakar di dapur yang bersaiz ala-ala kolam renang budak bawah 12 tahun. Lalalala..




Selepas membuat lawatan sambil belajar ke dapur restoran kami kembali semula ke ruang makan. Perasan tak kalian akan gambar-gambar yang bergantungan di sana sini dalam gambarajah di bawah? Lukisan-lukisan tersebut sebenarnya untuk dijual. Tetapi macam biasalah Encik Hubby dan saya kan pemalu orangnya, jadi kami pun tidak berkesempatan untuk memasang mata untuk tengok berapakah harga untuk satu lukisan. Yang pasti bukan Rm10.00 (harap maaf, lukisan tersebut authentic ye.. bukan fotokopi.. huhuhu)

hehehe, meja hak milik kerajaan (bangga sekejap jadi pekerja gomen.. huhu)




Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, makanan kami pun tiba secara bergilir-gilir.. menu dimulakan dengan kerang bakar (ini memang kegemaran Encik Husband.. cicah sos cili cap 'ayam' pun boleh beliau kata kerang tersebut adalah antara juadah paling lazat dalam dunia... haishhhh.. harus beli tempat bakar satay bila pindah rumah nanti...)


Kerang bakar.. ada yang terbakar dengan baik, ada yang terbakar dengan tidak baik.


Sotong bakar
Katanya enak tak terperi... tapi.. hrm.. biasa sahajalah.



Kepah masak lada. Boleh tahan sedap.




Kangkung belacan. Saya tak mahu pesan, Encik Husband yang beriya-iya nak makan. Baikkkk saya ikut saja. Saya yang menurut perintah~


Yang ni memang sedap, Ikan Jenahak masak pedas. Licin sehingga meratah tulang. Yummy yummy yummmm.



Encik Husband berseronok dengan makanan yang bersusun (dengan banyaknya) di atas meja.




Piccies time.



Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, tangkap gambar lagi. Meow~






Sekiranya mahu berkunjung ke sini, kami memang recommend. Dan silalah datang pada waktu matahari terbenam. Pemandangannya sangat cantik. Kamera kami tak putus-putus mengeluarkan bunyik kecheqqq kecheqqqq kecheqqqq, dek kerana keterujaan yang terlebih sedikit melampaui dos tatkala menangkap gambar matahari sewaktu senja. Sumpah kami tak tipu. Serius sangat-sangat gojessssss... nah silakan cuci mata melihat gambarajah di bawah....



"Pre-sunset" (sangat riang gembira membuat terminologi sendiri)



Ya Allah, cantiknya~



Ini gambar yang paling saya suka (hasil sentuhan kreatif Encik Husband)




Ini gambar yang paling saya suka (hasil sentuhan sendiri.. bluek =P)


Baiklah rasanya dah penat menghadap komputer. Waktu pun dah dekat nak membawa ke pukul 12.00 pagi. Esok mahu kerja. Jadi saya harus rehatkan badan dulu. Sampai ketemu di lain waktu... andai diizinkan....




Assalamualaikum.
XOXO.



3 comments:

  1. saya sangat suka album dan bahasa dalam belog anda ini...klok klok klok.... =) cumel sangat..
    urm soalan dari saya nie... bila nak journey for two tree or for plak?? hihi

    ***mcm ayat last*** andai diizinkan... peace....

    ReplyDelete
  2. last week saya pegi sini. tapi kualiti food amatlah mendukacitakan. may be my 1st and last visit kot. setakat hari ni laa. esok2 tak tau lagi :)

    ReplyDelete
  3. Aku dah makan kat D Terapung.. semalam..perrgg.. RM178.00 terbang..mahal giler..ambil siakap kecik x1, sotong kecik x2, kerang 1 piring, kupang 1 piring, ketam 2 ekor. Aku suggest makan yg belah bawah. Jangan makan yang terapung nie. Duit pun terapung.

    ReplyDelete